A. Latiff meluangkan masa bersama kanak-kanak yang berada di pusat pemindahan banjir di SK Bukit Gasing, Marang, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
Banjir yang berlaku di Marang berpunca daripada fenomena air pasang serta penambakan tanah di tanah persendirian oleh penduduk setempat di kawasan laluan keluar air ke laut serta parit besar.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, banjir gelombang kedua pada kali ini menyebabkan seramai 527 mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payung, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gasing, SK Marang dan SK Pasir Putih.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, pihaknya telah mengenal pasti punca banjir di kawasan tersebut yang memerlukan penduduk berpindah segera.
“Air laut pasang membuatkan air sungai-sungai tidak dapat keluar dengan cepat membuatkan ianya bertakung dan bertahan sekali gus mengakibatkan cepat naik mengakibatkan banjir di kawasan pantai.
“Di samping itu kita juga kenal pasti punca air bertakung ini disebabkan oleh sistem perparitan yang hari ini dilihat makin kritikal. Parit yang kita bina itu telah sempurna, tapi disebabkan oleh penambakan ditanah-tanah persendirian yang juga merupakan laluan air untuk keluar ke parit besar dan ke laut,” katanya.
Beliau ditemui pemberita dalam lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Marang, hari ini.
Seramai 270 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan tersebut sehingga tengah hari tadi.
Dalam pada itu, A. Latiff berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat mengenakan syarat tambahan untuk sebarang kerja penambakan tanah bagi pemilik tanah persendirian.
“Pihak PBT boleh buat syarat ketinggian dan sebagainya selain Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu memain peranan supaya penambakan oleh individu persendirian ini tidak melibatkan simpanan JPS.
“Kadang-kadang mereka ini tambak tanah sehingga ke kawasan JPS dan ini membuatkan air tersekat. Kita harap jabatan-jabatan terlibat membuat pemantauan secara serius sebelum berlakunya banjir,” katanya.
A. Latiff juga berharap agar dapat memupuk kesedaran di kalangan masyarakat itu sendiri supaya mempunyai rasa tanggungjawab agar fenomena sebegini tidak berlaku dan menjaga keaslian ataupun perjalanan air apabila berlakunya banjir. - teganukite.net
|
Monday, 4 December 2017
Related Posts:
Perkhidmatan Lima TCS Disambung Kerajaan negeri memutuskan untuk menyambung perkhidmatan lima Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (TCS) yang dijadualkan bersara pada Julai dan Ogos depan. Mereka yang terlibat adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dat… Read More
Snek Dan Minuman Percuma Di R&R Perasing Mulai Esok Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan mengagihkan snek dan minuman panas secara percuma kepada orang ramai yang singgah di Hentian Rehat dan Rawat ( R&R) Perasing, Kemaman selama sebulan, … Read More
Dana Raya Diagihkan Pada 27 Mei Lalu Bantuan Dana Raya berjumlah RM88.7 juta mula diagihkan kepada 239,323 penerima di Terengganu pada 27 Mei lalu sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri. Penerima boleh menebus baucer masing-m… Read More
Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu Di Kuala Lumpur Bersama YAB MB 10 Jun Ini Seramai 10,000 anak Terengganu yang menetap di Kuala Lumpur dan Lembah Klang bakal diraikan di Majlis Berbuasa Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Z… Read More
250,000 Terima Manfaat Program Jelajah UMNO Bantu Rakyat Shamsul Anuar (kiri) dan Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada golongan memerlukan pada Program UMNO Bantu Rakyat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kediaman Seri I… Read More