A.Latiff (tengah) menyerahkan sumbangan berupa barangan dapur kepada Kelsom ketika menziarahi warga emas itu di Kampung Batu Kelikir, Marang. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.
Kehidupan seorang warga emas di Kampung Batu Kelikir, Marang yang mendiami rumah pusaka yang uzur dengan atap bocor serta dinding berlubang dan reput, kini berubah apabila dibantu pemimpin setempat.
Jika sebelum ini, Kelsom Salleh, 93, tidak mempunyai pilihan lain kerana kedaifan hidup menghalangnya daripada memiliki sebuah rumah yang lebih baik dan terpaksa mendiami rumah usang peninggalan arwah suaminya itu dengan ditemani anaknya, Saadiah Mat Adam,80.
Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, A.Latiff Awang membawa berita gembira apabila meluluskan pembinaan rumah baharu menerusi Program Cakna @ Komuniti.
Cucunya, Ngah Ismail, 58, yang mewakili neneknya yang sakit tua berkata dan kadang kala tidak boleh bertutur dengan jelas mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang membantu neneknya itu.
“Terima kasih juga kepada yang terlibat meroboh dan membina rumah baru untuk tok, InsyaAllah rumah baru nanti akan beri lebih keselesaan kepadanya.
“Sebelum ini, jika hari hujan atap akan bocor, emak yang menjaga tok terpaksa memindahkan tok ke tempat yang lebih selamat,” ujarnya kepada Teganukita pada program ziarah dan tinjauan kerja-kerja meroboh rumah oleh A.Latiff di Kampung Batu Kelikir, Marang, semalam.
Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang, Senator To’ Puan Zaiton Mat Amin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Zuhami Omar.
Pembinaan kediaman baharu untuk Kelsom yang bernilai RM18,000 itu menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), iaitu penglibatan semua peringkat termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat.
Para sukarelawan terdiri daripada anggota RELA, Giat Mara, JKKK dan juga komuniti setempat bergotong-royong meroboh dan membina rumah baru di tapak asal kediaman warga emas itu.
Sementara menanti rumah baharu siap, Kelsom dan Saadiah akan tinggal buat sementara waktu di rumah Ngah yang terletak bersebelahan rumah pusaka itu. - teganukite.net
|
Tuesday, 3 October 2017
Related Posts:
Jualan HPPNK Cecah RM270 Juta Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK17) berjaya mencatat nilai jualan keseluruhan mencecah hampir RM270 juta sekali gus membuktikan kejayaan penganjurannya. Menteri Pertanian dan Industri Asas Ta… Read More
Program MyBN NBOS 'Touch Point' Secara Langsung Kepada Penduduk Setempat Program My Beautiful Neighbourhood (MyBN)Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) Gotong Royong 2017 melibatkan 98 parlimen seluruh negara diyakini mampu memberi 'touch point' yang akan meninggalkan kesan secara langsung di k… Read More
20,000 Penduduk Kuala Nerus Meriahkan Minggu Wanita Dan Kesihatan Ahmad Razif ketika merasmikan Majlis Penutup Minggu Wanita dan Kesihatan di padang bola Perumahan Telaga Daing, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli C.W. Putra Hampir 20,000 penduduk sekitar Kuala Nerus, terut… Read More
Warga Emas Uzur Bersyukur Terima Bantuan Rumah Baharu A.Latiff (tengah) menyerahkan sumbangan berupa barangan dapur kepada Kelsom ketika menziarahi warga emas itu di Kampung Batu Kelikir, Marang. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim. Kehidupan seorang warga emas di Ka… Read More
TI Sumbang RM200 Ribu Tabung Pembangunan Masjid Al-Muttaqin SMASZA Dr. Wan Ahmad Rudirman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pengetua SMASZA, Aziz Muda dan disaksikan oleh Shafruddin. Terengganu Incorporated (TI) menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Tabung Pembangunan Ma… Read More