Sunday, 6 August 2017
UMNO Negeri Terenganu bersedia meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika dipersetujui Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Menurutnya, UMNO negeri tiada masalah mengenai calon wanita kerana ada individu yang layak untuk memegang jawatan itu.
"Setakat ini untuk jumlah yang bakal diletakkan sebagai calon..kita belum putuskan tapi kita akan lihat dengan segera dan nilai sebelum buat keputusan," katanya pada kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Besar Akademi Binaan Malaysia, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu supaya calon Barisan Nasional (BN) diperuntukkan kepada calon wanita pada PRU14 nanti.
Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian,Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian,Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian ,Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang,Dato' Tengku Putera Tengku Awang.
Menurut Ahmad Razif, Kerajaan UMNO dan BN sentiasa mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita, malah menetapkan sasaran penglibatan yang tinggi untuk wanita dalam kerjaya termasuk menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan GLC.
Beliau juga mengakui dari segi keupayaan, sememangnya terdapat golongan itu yang berwibawa dan berkemampuan untuk diketengahkan bagi memastikan kemenangan BN kelak.
"Sebagai contoh, kita sekarang ada tiga Menteri Kabinet wanita, enam orang Timbalan Menteri wanita dan 14 Senator dari kalangan wanita.
"Malah dalam Pilihan Raya Ke-13 yang lepas, peratus pengundi wanita lebih sedikit dari pengundi lelaki iaitu 50.23% dan ini jelas menunjukkan peranan wanita sangatlah besar malah boleh menentukan jatuh bangunnya sebuah kerajaan di Malaysia,"katanya - teganukite.net
Related Posts:
Terengganu Sasar Jadi Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa Kerajaan negeri mensasarkan untuk menjadikan Terengganu sebagai Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa dan Hab Industri Batik Dunia sekaligus membangunkan industri pelancongan dan sokongan pelancongan di negeri ini.Menteri … Read More
Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018, Dibuka Mulai Esok Satiful Bahari mengadakan sidang media berkaitan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 Permohonan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 secara dalam talian akan dibuka kepada mereka yang berkelayakan mulai esok (24 Mei) sehing… Read More
Kerajaan Negeri Bantu Mangsa Kebakaran, Bina Dua Rumah Baharu Ahmad Samsuri bertanyakan sesuatu kepada mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu. Foto Oleh: Teengku Syamim Tengku Ismail Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan TDM Berhad d… Read More
Penjawat Awam Perlu Jaga Intergriti Masa Menteri Besar menyempurnakan majlis penyerahan tugas antara Wan Nawawi dan A Rahman. Foto Harish Fadzlillah Kassim Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya sentiasa menjaga intergriti masa dan bukannya bersik… Read More
TDM Rekod RM448.8 Juta Hasil Pendapatan 2017 Ahli-ahli lembaga pengarah bersama Wan Nawawi (dua dari kanan) menunjukkan buku laporan tahunan TDM Berhad .Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kumpulan TDM Berhad kembali mencatatkan perkembangan positif dengan merek… Read More