Sunday, 6 August 2017
Polemik mengenai asal usul Tun Mahathir perlu ditamatkan dan jentera parti tidak akan terperangkap dengan percubaan untuk memanjangkan isu itu oleh pihak tertentu,tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Tan Sri Annuar Musa.
Jelasnya,ada usaha yang mahu memanjangkannya dengan cara melemparkan tuduhan yang salah kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM)sedangkan apa diungkapkan oleh TPM itu tenggelam kerana kita cuba polemikkan isu asal-usul.
"Yang sepatutnya ditekankan ialah TPM menyatakan pejuang parti termasuk Tun M mudah lupa perjuangan, pentingnya kita berjuang untuk orang Melayu termasuk dengan menjaga parti UMNO, jangan khianati parti,jangan bawa perpecahan dan jangan kita ambil musuh menjadi kawan..musuh-musuh yang nyata kepada orang melayu,orang Islam terutamanya DAP.
"Dan cuma yang disebut secara sepintas lalu, kemungkinan kepada Tun M itu ada elemen asal usul tidak Melayu tetapi hanya bercakap tentang Melayu masa dia berkuasa tapi bila tidak berkuasa, dia tidak lagi bercakap tentangnya..saya melihatnya begitu,"kata Annuar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Komuniti Kuala Berang, malam tadi.
Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Johari Abu Bakar;Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Dato' Rozi Mamat;Naib Ketua UMNO Bahagian,Yusof Awang Hitam;Ketua Penerangan UMNO Bahagian,Ghazali Taib;Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Datuk Fatimah Hamat dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Rozita Ismail.
Hadir sama,Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang,Dato' Tengku Putera Tengku Awang.
Jelasnya lagi,seeloknya jentera parti terleka dengan tindakan musuh-musuh parti yang sengaja mahu kita kita bercakap perkara yang remeh.
"Kerana kalau pemimpin-pemimpin politik beretorik, rakyat akan jadi mangsa..sepatutnya kita tumpukan perhatian kepada membela rakyat, menyusun agenda-agenda selari dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri(PM).
"Cukuplah berpolemik tentang individu kerana individu itu tidak penting dan kita jangan tersasar daripada tugas utama kita menjaga rakyat,"katanya lagi.
Beliau juga berkata sebagai kerajaan, sebarang teguran atau kritikan terutama dalam media sosial daripada rakyat perlu dilihat dari satu sudut positif.
"Rakyat yang menulis negatif dalam media sosial, dia tidak akan tinggalkan kita selagi ada dua perkara iaitu jangan berpecah-belah dan terus membela rakyat.
"Biar rakyat tegur sekarang sebab kalau rakyat asyik bagi pujian kepada kerajaan kemudian secara senyap ketika mengundi, tidak bagi mandat kepada kita..itu lebih bahaya,"kata Annuar lagi.
Baginya lagi, jentera UMNO harus mencontohi PM, apabila diserang tidak hilang fokus malah memulihkan ekonomi, menjaga hubungan diplomatik dan meneruskan bantuan kepada rakyat yang memerlukannya. - teganukite.net
Related Posts:
Rakyat Perlu Buat Pilihan Tepat Ahmad Razif beramah mesra dengan tetamu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Rakyat Terengganu harus membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi bagi memastikan negeri ini tidak kembali ke zaman “ke… Read More
Polis Siasat Kes Portal Fitnah Mohd Sabri Laporan polis mendesak pihak penguatkuasa mengambil tindakan terhadap penulis berita dan pemilik portal dipercayai milik sebuah parti pembangkang yang menyiarkan berita berunsurkan fitnah. Foto oleh Hasmizi Hamid P… Read More
Jangan Silap Langkah Lagi - Ahmad Razif Ahmad Razif mengagihkan bantuan pentadbiran kepada J3K DUN Seberang Takir. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Rakyat digesa agar mengingati dan menilai semula kerenah pemimpin Pas ketika parti itu memerintah Terengganu se… Read More
Penentu (King Maker) Sabah Dan Sarawak, Bukan Pas Manakala Terengganu 50-50 - Mustaffa Ali Walaupun Pas agak optimis menawan Terengganu, tetapi Pengerusi Penasihat Pas, Dato' Mustaffa Ali berpendapat kedudukan adalah 50-50, kecuali Kelantan sahaja beliau yakin Pas masih boleh menjadi kerajaan dalam Pilihan Raya … Read More
Calon PRU14 Terengganu Lulus Saringan SPRM Menteri Besar menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Ihtifal Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ah… Read More