Tun Ahmad Faisal (kiri) menunjukkan baju yang diagihkan JPNT secara percuma kepada orang ramai sejak semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mengedarkan 1,000 helai baju-T secara percuma kepada orang ramai sempena menyemarakkan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung.
Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pengagihan baju tersebut bukan sahaja mampu mempromosikan Sukan SEA, malah mempromosikan Terengganu yang juga satu daripada lokasi penganjuran sukan itu bagi acara ekuestrian serta destinasi pelancongan untuk komuniti di Asia Tenggara.
Katanya, sebahagian daripada baju-baju tersebut sudah mula diagihkan bermula semalam di kawasan-kawasan tumpuan orang awam.
“Kita ada mengedarkan baju promosi Sukan SEA pada pengunjung-pengunjung di UTC, Pasar Besar Kedai Payang dan di Kampung Cina.
“Tujuannya ialah bagi sama-sama mempromosikan Sukan SEA Kuala Lumpur selain sektor pelancongan Negeri Terengganu sendiri,” katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pancuran Air Bermuzik Sempena Festival Peranakan Terengganu 2017 di Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi.
Turut hadir Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (TCCCI), Dato’ Low Wan Cheong.
Tambah Tun Ahmad Faisal,selain dari pengedaran baju secara percuma itu, JPNT turut mengadakan Karnival My Setiu untuk mempromosikan daerah tersebut.
“Bermula 16 Ogos akan dijalankan Karnival Setiu bagi mengetengahkan produk-produk di daerah ini dan satu daripadanya Taman Bencah Setiu yang unik dimana satu-satunya kawasan di Malaysia yang mempunyai lapan komponen ekologi.
“Setiu juga mempunyai pantai menarik seperti Pantai Penarik dan Pantai Rhu 10. Jadi kita cuba ambil peluang untuk memasarkan Terengganu dan daerah Setiu kepada atlet, pegawai serta peminat dan pengunjung Sukan SEA,” katanya. - teganukite.net
|
Wednesday, 16 August 2017
-
August 16, 2017
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , UTAMA
Related Posts:
Bukit Besi Jadi Hab Tarikan Baharu Acara Ekstrem Faktor fizikal kawasan Bukit Besi, Hulu Dungun yang dahulunya terkenal sebagai kawasan pelombongan biji timah mempunyai potensi luas untuk diketengahkan sebagai destinasi pelancongan baharu di negeri ini, khususnya bagi pe… Read More
Cabaran Adu Kolek Terengganu Di Pulau Warisan Terusan buatan manusia sepanjang kira-kira 700 meter di Pulau Warisan, Kuala Terengganu bakal menjadi tumpuan ribuan pengunjung bagi menyaksikan cabaran Adu Kolek Terengganu selama dua hari bermula 23 Disember (Sabt… Read More
PAU 2017 : Peluang Ketengah Promosi Produk Pelancongan Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama lima hari bermula semalam membuka ruang kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) untuk mempromosi T… Read More
Jualan Batik, Songket Terengganu RM50,000 DI MITC, Melaka Usahawan Terengganu berjaya mengutip jualan hampir RM60,000 hasil jualan sepanjang lima hari pada Jelajah Beautiful Terengganu Sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Semalaysia (PTIWRBNM) 2017 d… Read More
Sukan Lasak ATV Ikon Terbaru Pelancongan Di Bukit Besi Sukan lasak All Terrain Vehicle (ATV) akan menjadi satu ikon tarikan terbaru di Bukit Besi Rainforest Endurance Park (BBREP) Dungun bagi penggemar sukan ekstrem.Pengarah Urusan Alam Perkasa Technology, Mohamad Ngah berkata… Read More