Sunday, 23 July 2017
Tindakan pembangkang melabelkan Malaysia bakal menjadi negara bankrap bukan sahaja berniat jahat malah satu strategi mensabotaj ekonomi negara.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, pemimpin pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperkecilkan kejayaan Barisan Nasional (BN) kerana cemburu dengan perpaduan ahli UMNO.
Katanya, pelancaran projek pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuktikan kemampuan negara menghadapi ekonomi semasa.
Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata, beliau sendiri yang berpeluang menaiki MRT amat bangga kerana sistem pengakutan itu lebih baik dari negara maju.
"Penyediaan kemudahan sistem pengakutan ECRL untuk penduduk pantai timur seperti yang dirancang kerajaan satu lagi kejayaan negara," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Besut, hari ini.
Idris berkata, pertumbuhan ekonomi negara pada tahap lima peratus pada suku tahun pertama tahun ini membuktikan tindakan kerajaan mengurus negara pada landasan betul.
Oleh itu, katanya, ahli UMNO termasuk Puteri jangan mudah termakan hasutan pembangkang termasuk bekas pemimpin UMNO yang kini bersama pakatan pembangkang. - teganukite.net
Related Posts:
Terengganu Sedia Timbang Permohonan Tukar Kod Kad Pengenalan Kerajaan negeri sedia menimbang permohonan penduduk negeri ini yang memegang status rakyat negeri lain untuk menukar kod 11 dalam Mykad jika pemohon memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Pert… Read More
Bantuan Tahun Baru Cina Boleh Dimohon Permohonan bantuan Tahun Baru Cina 2018 melalui atas talian mula dibuka kepada masyarakat Cina yang berkelayakan mulai semalam berakhir 19 Januari depan. Mereka yang dikategorikan sebagai Orang Kurang… Read More
PBT Diminta Tidak Berkompromi Dengan Pemaju Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diingatkan agar tidak berkompromi dengan mana-mana pemaju perumahan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan sehingga mengakibatkan banjir apabila hujan lebat. Menteri Besar, Dato’ … Read More
30 Anak Terengganu Dipilih Sebagai Pembantu Sajian Di Syarikat Brahim's Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Syarikat Brahim’s SAT Food Service Sdn Bhd menyediakan peluang kepada 30 anak Terengganu berkhidmat sebagai pembantu penyajian (CA) di syarikat Brahim’s yang be… Read More
Latih, Tingkat Keupayaan Diri - Peserta TGTP Maznah (empat dari kiri) bersama dengan sebahagian pelatih TGTP di Terengganu Inc. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) terbukti membuka peluang kepada graduan kha… Read More