Thursday, 4 May 2017

Wan Nawawi beramah mesra dengan seorang penderma darah pada program derma darah anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Terengganu bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra


Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Terengganu bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu, mengadakan program derma darah di Wisma Darul Iman, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, melalui program itu (Maksak) Terengganu menyasarkan untuk mengumpul lebih banyak unit beg darah sebagai menyahut kempen menambah stok darah Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Jumlah pain darah yang terkumpul pada tahun ini dijangka bertambah berdasarkan peningkatan peserta iaitu seramai 400 orang terdiri daripada pelbagai jabatan dan juga orang awam.

“Berbanding tahun lalu, 300 orang telah menderma darah dan merekodkan sebanyak 237 unit beg darah yang terkumpul,” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, hari ini.


Wan Nawawi yang juga merangkap Yang Dipertua (Maksak)Terengganu berkata, amalan menderma darah merupakan salah satu ibadah dan khidmat terbesar yang boleh dilakukan oleh penjawat awam khususnya untuk kepentingan masyarakat yang memerlukan bekalan darah.

“Terima kasih kepada mereka kerana sudi mendermakan darah kerana setiap pain darah yang didermakan mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain termasuk keluarga terdekat.

“Justerus, kempen-kempen kesedaran harus dipergiatkan lagi untuk memastikan bilangan penderma khususnya yang secara sukarela untuk menderma darah secara berkala terus bertambah,” ujarnya.

Katanya, program tahunan dengan kerjasama Puspanita dan Unit Tabung Darah HSNZ adalah satu aktiviti kebajikan yang dijadikan acara tahunan Maksak Terengganu. - teganukite.net

Related Posts:

  • 200 Warga Emas Dapat Gigi Palsu Percuma Seramai 200 warga emas terpilih menerima gigi palsu percuma yang melibatkan peruntukan RM21,000 menerusi Projek `Touch Point' anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Pengarahnya, Dr Mohammad Omar berkata, semua … Read More
  • Terengganu Lancar 32 Bas My Bus Bermula Tahun Depan Terengganu bakal melancarkan 32 buah bas menerusi perkhidmatan My Bus 'Stage Bus System Transformation' (SBST) yang dikendalikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman b… Read More
  • Lapan Jabatan Kerajaan Negeri Cemerlang Terima Insentif RM20,000 Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri antara jabatan yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauantabiliti 2016. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Lapan jabatan dan … Read More
  • Rezeki Musim Tengkujuh Antara ubi yang boleh didapati di Gerai Jagung sepanjang jalan di Kampung Gaung Musim tengkujuh bagaikan satu pesta yang ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan terutama peminat makanan tradisional seperti ubi yang mendapat… Read More
  • Maidam Sumbang Bantuan Modal Perniagaan Kepada 127 Asnaf Shaikh Harun beramah mesra dengan seorang penerima bantuan mesin jahit selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Modal Berdikari dan Perniagaan Asnaf Zakat Maidam di Kompleks Seri Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli… Read More

Demi Masa

RABU, 2 Julai 2018
11:17 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan