Monday, 6 March 2017

Ghazali (tengah) bergambar kenangan dengan tetamu kehormat dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia Terengganu sempena pelancaran Rancangan Tokoh Islam Minggu Ini, di Auditorium TerengganuFm, hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah

Terengganu berhasrat mengadakan program `Jejak Intelektual' bagi mengetengahkan anak Terengganu yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuk golongan agamawan supaya mampu menjadi ikon serta rujukan kepada generasi masa kini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, program yang boleh dilaksanakan menerusi kolaborasi dengan Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Terengganu sebagai kesinambungan Terengganu dengan jolokan Negeri Anjung Ilmu.


 “Terengganu melahirkan ramai golongan intelektual terutamanya pelajar-pelajar hafiz dan hafizah daripada kolej agama. Malah kita juga mempunyai golongan cerdik pandai yang boleh ditonjolkan kejayaan mereka. 

"Kita juga boleh mengadakan program Jejak Intelektual rakyat Terengganu ataupun Jejak Hafiz dan Hafizah yang berjaya pada hari ini, dan boleh menaikkan lagi RTM (Radio Televisyen Malaysia) serta Negeri Terengganu khasnya. Di sini pentingnya kolaborasi yang sangat baik untuk kita jalinkan antara Jabatan Penyiaran (Negeri Terengganu) dengan RTM,”katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama YB Ghazali Taib serta Pelancaran Rancangan Tokoh Islam Minggu Ini (Tismi), di Auditorium TerengganuFm, Bukit pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Penyiaran RTM Terengganu, Nordin Sulaiman. 

Ghazali berkata, ramai di kalangan tokoh dan golongan intelektual yang dilahirkan dari institusi pendidikan dan kolej agama seperti Sekolah Imtiaz, Institut al-Quran Terengganu (IQT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak diketengahkan kisah perjalanan hidup dan kejayaan mereka sebagai panduan generasi hari ini.

Selain itu juga, beliau berkata RTM juga boleh mendokumentasikan kisah kejayaan Terengganu dalam pelbagai bidang lain bukan sahaja pendidikan dan agama, juga perniagaan serta bekerjasama dengan agensi terbabit seperti Yayasan Pembangunan  Usahawan Terengganu.


Tambahnya,  program yang dilaksanakan itu diharapkan mampu mendidik dan menerapkan golongan remaja ke arah pembentukan jati diri serta mengukuhkan identiti rakyat Terengganu sendiri.

Sementara itu, Nordin berkata, rancangan Tismi yang berdurasi 30 minit bersiaran di TerengganuFM setiap Sabtu pada jam 6.15, manakala ulang siar pada keesokannya, setiap Ahad pula jam 2.15 petang,  berbentuk majalah radio mengenai tokoh Islam yang boleh dicontohi keperibadian mereka sebagai panduan dalam kehidupan seharian untuk keberkatan dunia serta akhirat. - teganukite.net

Related Posts:

  • Tubuh PMTI Lancar Pembangunan Taman Ilmu Ahmad Razif menyerahkan replika kunci tanda simbolik merasmikan Universiti P Ramlee Kerajaan negeri akan menubuhkan Perbadanan Memajukan Taman Ilmu (PMTI) bagi melancarkan proses pembangunan Taman Ilmu, di Tembila, Bes… Read More
  • UMT Catat 794 Berita Dengan Nilaian RM16.8 Juta Nor Aeni bergambar kenangan bersama pengamal media yang hadir pada MAM. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  merekodkan  sejumlah 794 liputan media di akhbar utama e… Read More
  • Tawaran Kerja RM8 Juta Untuk 139 Kontraktor Menteri Besar bergambar bersama kontraktor selepas penyerahan surat tawaran Kerja JKR Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Seramai 139 kontraktor menerima sura… Read More
  • SPM 2017: Terengganu Terus Capai Kecemerlangan Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi tahniah, penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan seluruh warga pendidikan Terengganu berikutan kejayaan cemerlang dalam keputusan Peperiksaan… Read More
  • Jambatan Angkat Dijangka Beroperasi Oktober Ini Ahmad Razif meninjau perkembangan projek jambatan angkat di Seberang Takir. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim  Jambatan angkat (draw bridge) yang menghubungkan Kuala Terengganu Selatan dengan Seberang Takir, Ku… Read More

Demi Masa

RABU, 2 Julai 2018
11:42 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75901
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan