Wednesday, 8 March 2017


Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan mereka boleh mengemukakan rayuan di semua Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017.

Menurut sumber LHDN, pihaknya menafikan dakwaan pemohon yang memiliki pendaftaran peniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah tidak layak menerima BR1M.

Katanya, semua permohonan yang dikesan berdaftar dengan SSM masih dalam status tidak lulus berikutan perlu dibuat saringan untuk memastikan pemohon yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan ini.

“Tujuan kerajaan menyediakan BR1M adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Pemilik SSM yang berniaga kecil-kecilan dan memenuhi syarat kelayakan dari segi pendapatan dan sebagainya boleh mengemukakan dokumen berkaitan bermula tarikh tersebut untuk proses rayuan.

“Sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan, pemohon layak dipertimbangkan dan berhak mendapat peluang kedua selaras dengan keprihatinan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini. - teganukite.net

Related Posts:

  • MBKT Perkenal Laluan Bebas Kenderaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menganjurkan Program Pagi Bebas Kenderaan di bandar raya ini secara bulanan pada Sabtu  minggu kedua, setiap bulan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. … Read More
  • Belanja RM900 Ribu Baik Pulih Masjid Kristal Samiun meneliti bahagian kerosakan Masjid Kristal pada kertas kerja sebelum mengadakan sidang media khas petang semalam. Foto Harish Fadzillah Kassim  Kerajaan negeri  meluluskan peruntukan hampir RM900,000 ba… Read More
  • TI Sumbang RM200 Ribu Tabung Pembangunan Masjid Al-Muttaqin SMASZA Dr. Wan Ahmad Rudirman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pengetua SMASZA, Aziz Muda dan disaksikan oleh Shafruddin. Terengganu Incorporated (TI) menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Tabung Pembangunan Ma… Read More
  • 5,000 Graduan Mahu Dilahirkan Dari Politeknik Setahun Timbalan Perdana Menteri bersama kepimpinan negeri melambai tangan kepada hadirin sempena Majlis Pecah Tanah Politeknik Besut di Bukit Keluang, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Timbalan Perdana Menteri, D… Read More
  • Jualan HPPNK Cecah RM270 Juta Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK17) berjaya mencatat nilai jualan keseluruhan mencecah hampir RM270 juta sekali gus membuktikan kejayaan penganjurannya. Menteri Pertanian dan Industri Asas Ta… Read More

Demi Masa

ISNIN, 30 Jun 2018
5:41 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75866
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan