Dato' Wan Nawawi Wan Ismail
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menegaskan bahawa pegawai kerajaan negeri menjalankan tugas berkaitan pentadbiran dan pembangunan negeri secara profesional serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
Beliau mengulas demikian berikutan sejak minggu lalu, banyak isu yang diviralkan secara khususnya di Terengganu termasuk pelaburan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dalam pelaburan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) serta pembinaan hotel di kawasan masjid di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Katanya, perkara itu tidak perlu diperbesar serta diviralkan berikutan pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan melaksanakan semua urusan dan proses berkaitan adalah di kalangan mereka yang profesional di samping mempunyai kelayakan di bidang masing-masing.
“Contohnya dalam kes FGV, pegawai pelaburan YIT merupakan orang yang telah lama melakukan tugasan itu. Selama ini dialah juga yang menguruskan pelaburan di YIT dengan memberi keuntungan dengan nilai jutaan ringgit jadi bila ada sedikit masalah tidak sepatutnya kita persoalkan kredibilitinya,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Menandatangani Kain Rentang Solidariti Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Mengulas isu pembinaan hotel di kawasan masjid pula, Wan Nawawi berkata pegawai-pegawai berkenaan yang memberi kebenaran telah melihat semua isu-isu teknikal dan sebagainya.
Katanya, sebagai penjawat awam, mereka terikat dengan perlaksanaan SOP serta beberapa syarat yang perlu diikuti.
“Jadi, sebarang keputusan yang dibuat, mereka telah mengambil kira bahawa ianya berada dalam landasan yang betul dan tidak perlu dipersoalkan.
“Saya rasa, kita semua perlu faham dengan tugas pegawai kerajaan iaitu adalah memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya. - teganukite.net
|
Wednesday, 15 February 2017
Related Posts:
SATU Berjaya Atasi Masalah Air Pada Musim Aidilfitri Masalah gangguan bekalan air yang sering membelenggu penduduk Terengganu setiap kali tibanya perayaan Aidilfitri berjaya diatasi pada tahun ini tanpa sebarang aduan gangguan yang serius. Ketua Pegawai Eksekutif Syarika… Read More
1MDB Belanja Lebih RM57 Juta Hantar 5,711 Orang Tunai Ibadah Haji Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melalui Program Khas Haji Perdana Menteri membelanjakan hampir RM57 juta bagi menghantar seramai 5,711 orang bagi menunaikan ibadah haji sejak program itu diperkenalkan tujuh tahun… Read More
Tidak Menang Tangan Layan Tamu Majlis Rumah Terbuka ADUN Batu Rakit Bazlan bersalaman dengan tetamu di majlis rumah terbuka di kediaman beliau hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah Abu Kasim Kira-kira 10,000 tetamu membanjiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADU… Read More
Tukun Tiruan Tingkat Pendapatan Nelayan Usaha Jabatan Perikanan bekerjasama dengan Petronas bagi melabuhkan tukun tiruan dari pelantar minyak yang dilupuskan menerusi projek Rig To Reef (R2R) di Pulau Kapas, Marang bukan sahaja dapat memulih dan memperkayakan su… Read More
Lebih 40,000 Kunjungi Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu Lebih 40,000 orang hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersama 24 jabatan-jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Dataran Permata, Seberang Takir, Ku… Read More